Peraturan-Peraturan SJK(C) Kwang Chien, Sarikei

 

Semua murid di SJK(C) Kwang Chien, Sarikei dikehendaki mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Jika melanggar peraturan-peraturan tersebut, murid-murid berkenaan akan dihukum dengan sewajarnya.

 

1.      Menepati Masa Hadir Ke Sekolah

1.1  Semua murid mesti menepati masa ke sekolah. Sekiranya terlewat, murid-murid berkenaan dikehendaki mengetuk pintu dan seterusnya memberi penjelasan kepada guru.

1.2  Setelah murid-murid berada di dalam kawasan sekolah, mereka dilarang meninggalkan kawasan sekolah.

1.3  Sekiranya murid-murid mempunyai urusan penting atau apa-apa hal yang lain yang perlu balik lebih awal,, murid-murid berkenaan perlu mendapat kebenaran daripada pihak sekolah. Ibu bapa perlu memaklumkan Guru Besar atau Penolong Kanan atau Guru Kelasnya. Sekiranya ibu bapa murid ingin berjumpa dengan guru, mereka perlu mendapat kebenaran daripada Guru Besar atau Penolong Kanan.

1.4  Sekiranya murid-murid ponteng, guru kelas dikehendaki melaporkan kepada Guru Besar atau Penolong Kanan dengan segera.

 

2.      Pakaian Seragam

2.1Murid-murid perlu memakai pakaian seragam yang kemas, memakai kad murid, kasut putih dan sarung kaki putih ke sekolah.

2.2Murid-murid yang menyertai kegiatan kokurikulum dikehendaki memakai pakaian seragam atau pakaian sukan yang sesuai.

2.3 Semasa waktu Pendidikan Jasmani (PJ ) atau olahraga, murid-murid perlu memakai baju T atau pakaian sukan yang sesuai. Selepas waktu PJ, murid-murid dikehendaki menyalin pakaian/baju T ke pakaian seragam sekolah.

2.4 Murid-murid ditegah sama sekali untuk memakai barang-barang kemas ke sekolah.

 

 

3.      Kebersihan Dan Kesihatan

3.1Setiap murid perlu menjaga kebersihan dan kesihatan diri, termasuk rambut digunting pendek dan murid lelaki dan perempuan tidak dibenarkan berambut panjang atau rambut diwarnakan.

3.2 Kuku perlu sentiasa dipotong dan menjaga kebersihan kuku tangan. Kuku tidak boleh disapu dengan pewarna kuku.

3.3 Murid-murid dilarang berludah atau membuang sampah sarap atau sisa-sisa kertas. Sampah sarap, sisa-sisa kertas dan barang-barang buangan perlu dibuang ke dalam tong sampah.

3.4 Murid-murid dilarang  menconteng dinding, tingkap dan pintu.

3.5 Tandas dan besen perlu dijaga dengan bersih. Tandas mesti dicurah selepas digunakan.

 

4.      Pelajaran

4.1  Murid-murid dikehendaki menyelesaikan dan menyerahkan kerja rumah atau pelajaran seperti yang ditetapkan oleh guru.

4.2  Murid-murid perlu membawa segala keperluan seperti buku dan alat tulis ke sekolah. Bahan-bahan bacaan yang tiada kaitan dengan pelajaran tidak dibenarkan dibawa ke sekolah.

4.3  Murid-murid perlu banyak membaca bahan-bahan bacaan yang berfaedah. Murid-murid tidak boleh membaca bahan-bahan komik yang tidak membawa faedah.

 

5.      Tatatertib / Disiplin

5.1  Semasa dan selepas waktu belajar, murid-murid dikehendaki mematuhi tatatertib/disiplin.

5.2  Semasa perhimpunan, murid-murid perlu berdiam diri atau senyap.

5.3  Murid-murid perlu mematuhi arahan guru, ketua darjah, pengawas, ketua pengawas dan ketua murid.

5.4  Sekiranya tidak mendapat pesanan atau kebenaran daripada guru, murid-murid dilarang masuk / keluar Bilik Guru.

5.5  Semasa berada di varendah atau di dalam / luar bilik darjah, murid-murid ditegah berlari dan berteriak. Murid-murid perlu berjalan dengan cara yang betul.

5.6  Semasa menaiki bas sekolah, murid-murid perlu mematuhi peraturan – beratur dan jangan berebut-rebut.

 

6.      Harta Benda Sekolah

6.1  Murid-murid perlu menghargai harta benda sekolah, jangan merosakkan atau mencuri harta benda sekolah.

6.2  Murid-murid mesti berjimat cermat semasa menggunakan air dan elektrik. Paip air, lampu dan kipas ditutup selepas menggunakannya.

6.3  Murid-murid dilarang mengambil atau merosakkan benda orang lain tanpa kebenaran tuan punya.

 

7.      Peraturan-Peraturan Di Kantin Sekolah

7.1  Murid-murid hanya boleh membeli makanan di kantin sekolah. Murid-murid ditegah membeli makanan daripada penjaja luar.

7.2  Semasa membeli makanan di kantin, murid-murid perlu beratur dan tidak boleh berebut-rebut.

7.3  Murid-murid dilarang membuang sampah sarap di merata tempat.

7.4  Murid-murid sentiasa menjaga kebersihan kantin sekolah.

 

8.      Kelakuan

8.1  Murid-murid perlu bersopan santun, menghormati guru, menyayangi murid-murid lain dan memupuk semangat kerjasama antara satu sama lain.

8.2  Murid-murid mematuhi segala peraturan sekolah.

8.3  Murid-murid memupuk cara hidup yang baik.

8.4  Murid-murid dilarang melakukan perbuatan yang menjatuhkan imej atau nama sekolah.

8.5  Murid-murid ditegah sama sekali bergaduh dan melawan di dalam dan di luar sekolah.

8.6  Murid-murid dilarang mencuri, berbohong atau mengugut murid-murid lain.

8.7  Semasa berada di sekolah, murid-murid mesti bertutur dalam bahasa Mandarin. Dialek masing-masing tidak dibenarkan.

8.8  Semasa menyanyi lagu kebangsaan, lagu Ibu Pertiwiku dan lagu sekolah, murid-murid mesti bersikap tegas dan serius.

 

 

 

 

 

Peraturan-Peraturan Dalam Bilik Darjah

 

1.      Selepas loceng berbunyi, murid-murid dikehendaki duduk diam-diam dalam bilik darjah menanti guru datang ke kelas. Sekiranya tiada guru, Ketua Darjah menjaga tertib/disiplin murid-murid dan perlu memaklumkan guru berkenaan dengan segera.

2.      Semasa Guru Besar, Penolong Kanan, guru ‘orang kenamaan’ atau pegawai masuk ke kelas, murid-murid perlu berdiri dan memberi tabik hormat.

3.      Murid-murid perlu menumpukan perhatian dalam pelajaran dan menyertai segala kegiatan sekolah.

4.      Semasa belajar, murid-murid perlu membawa segala buku dan alatan yang diperlukan.

5.      Semasa belajar, sekiranya murid-murid ingin bertanya , mereka perlu mengangkat tangan.

6.      Murid-murid menyelesaikan kerja rumah atau pelajaran dan menyerahkan kepada guru dalam masa yang ditetapkan.

7.      Murid-murid bersiap-siap menghadapi ujian. Murid-murid mesti mematuhi segala peraturan ujian.

8.      Murid-murid dilarang menukar tempat duduk tanpa kebenaran guru.

9.      Semasa belajar, murid-murid dilarang meninggalkan tempat duduk atau keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran guru.

10.  Murid-murid yang menghadiri kelas tambahan ( Tahun 6 ) dilarang sama sekali bergaduh, berbuat bising atau melawan dalam masa makan tengah hari atau sebelum kelas tambahan bermula.

11.  Murid-murid yang keluar atau masuk ke kelas beramai-ramai perlu beratur.

12.  Setiap murid mempunyai tanggungjawab menjaga kebersihan kelas masing-masing. Murid-murid yang bertugas harian dikehendaki mengemaskan kelas.

13.  Semua buku pinjaman (SPBT) mesti dibungkus dan dijaga dengan baik. Sekiranya rosak atau hilang, ia mesti diganti rugi.

14.  Semua murid tidak dibenarkan menconteng atau mengotorkan buku-buku teks.

15.  Semua buku dan alat tulis perlu dibawa balik selepas sekolah. Ia tidak dibenarkan untuk ditinggalkan dalam laci.

16.  Semasa berada di kawasan sekolah. Murid-murid tidak dibenarkan bertutur dalam dialek masing-masing atau bercakap kasar.

17.  Sekiranya sakit atau mempunyai urusan penting yang mengakibatkan ketidakhadiran, murid-murid mesti menunjukkan surat doktor atau surat daripada ibu bapa.

 

 

 

 

 

 

 

PERATURAN-PERATURAN PUSAT SUMBER SEKOLAH

 

SJK(C) KWANG CHIEN, SARIKEI

 

 

 

1.     Waktu Dibuka

 

1.1    Pusat Sumber Sekolah (PSS) dibuka sepanjang waktu persekolahan.

 

1.2    PSS dibuka pada Hari Sabtu, cuti penggal dan waktu rehat untuk membolehkan guru dan murid menggunakannya secara maksimum.

 

2.  Pinjaman Buku/Alat/Bahan

 

2.1    Setiap kali, guru dan murid boleh meminjam 2 buah buku.

2.2    Masa untuk mengembalikan buku/buku-buku yang dipinjam tidak melebihi seminggu.

 

      2.3  Setiap guru hendaklah merekodkan setiap alat dan bahan yang dipinjam/diambil dari PSS.

 

      2.4  Bahan-bahan yang dipinjam dari PSS hendaklah dijaga dengan baik.

 

      2.5  Buku-buku, alat atau bahan yang dikembalikan ke PSS hendaklah disimpan

di tempat asalnya.

 

3.  Keselamatan Bahan

 

3.1    Murid-murid tidak dibenarkan masuk ke dalam PSS tanpa kebenaran

             daripada guru PSS.

 

      3.2  Buku, alat dan bahan PSS yang hilang hendaklah digantikan.

 

      3.3  Buku rujukan dan bahan-bahan atau alat-alat yang berharga hendaklah

             digunakan dengan cara yang betul.

 

4.  Disiplin

 

      4.1  Ketika meminjam buku di PSS, murid-murid tidak boleh berebut-rebut.

 

      4.2  Segala bahan rujukan, majalah dan alat serta bahan tidak dibenarkan bawa

keluar dari PSS tanpa kebenaran daripada guru PSS.

 

      4.3  Jangan membuat bising semasa berada di PSS.

 

4.4    Jagalah kebersihan PSS. Makan dan minum adalah tidak dibenarkan di PSS.

 

 

 

 

Peraturan-Peraturan Di Bilik Komputer

电脑室规则

 

1.     Murid-murid tidak dibenarkan berebut-rebut masuk ke bilik komputer.

学生不可争先恐后的进入电脑室。

 

2.         Murid-murid tidak dibenarkan membawa makanan dan minuman ke bilik komputer.

学生不可把食物及饮料带进电脑室。

 

3.         Murid-murid tidak dibenarkan meninggalkan bilik komputer dengan sesuka hati.           

学生不可擅自离开电脑室。

 

4.         Murid-murid tidak dibenarkan membuka dan menutup komputer sendiri tanpa kebenaran Guru Komputer.

学生不可擅自开 / 关电脑。

 

5.         Murid-murid dilarang mencalar komputer.

学生不可乱画电脑。

 

6.         Murid-murid dilarang membuat bising dalam bilik komputer.

学生不可在电脑室里大吵大闹。

 

7.         Murid-murid dikehendaki menjaga kebersihan bilik komputer sepanjang masa.

学生应该保持电脑室的清洁。

 

8.         Sekiranya komputer anda berlaku gangguan, laporkan kepada Guru Komputer dengan segera.

如果电脑发生问题,学生须立刻向老师报告。

 

9.         Tanggalkan kasut sebelum masuk ke bilik kompuer.

            学生在还未进入电脑室之前,须脱鞋。

 

 

 

 

PERATURANPERATURAN

DI BILIK ALAT PANDANG DENGAR

视听教材室规则

 

 

1.         Tanggalkan kasut sebelum masuk ke dalam bilik.

            在还未进入视听教材室之前请脱鞋。

 

2.         Jagalah kebersihan bilik.

            请保持室内的清洁。

 

3.                              Jaga penggunaan peralatan radio/TV/VCD

            player/Video player/Astro/Piano/ Key-board/alat-alat

muzik.  

            请小心使用所有用具。

 

4.         Suiz Astro jangan ditutup.

            不可将Astro 的开关关掉。

 

5.         Kaset dan VCD tidak boleh dibawa keluar dari bilik.

            不可将唱片及光碟带出室外。

 

6.         Jangan buat bising.

            请保持安静。

 

7.         Rekod sebarang pinjaman dalam buku rekod yang

disediakan.

            必须记录所借用的教学器材。

 

8.         Mesti mencatat di dalam Buku rekod penggunaan bilik

APD selepas  menggunakan bilik APD.

            使用视听教材室之后必须记录在记录簿里。

 

Carta Organisasi 3K

Carta Organisasi SJK Kwang Chien

Enrolmen 1990-2003

Jadual Perancangan Aktiviti 2003 PSS

Lagu Sekolah

Peraturan Sekolah

Piagam Pelanggan

Pencapaian UPSR 1990-2002

Takwim Sekolah

Visi, misi, ,matlamat dan objektif sekolah

Sijil-sijil Yang Diperolehi

Gambar Foto 3K

Jawatankuasa Induk Pusat Sumber Sekolah

Jawatankuasa Kerja Pusat Sumber Sekolah

Lencana Sekolah

Gambar Pusat Sumber Sekolah

Perancangan Kokurikulum 2003

Jawatankuasa Ikhtisas dan Sokongan

Perancangan Kurikulum 2003

Pelan Sekolah

Back To Main